Saturday, 10 November 2012

THEFACESHOP Haul



Salam Semua....

Hari ni nak cerita pasal haul lak. Baru2 ni saya ada bertandang ke outlet THEFACESHOP. Ada la beli beberapa brg kat sana. Saya memang suka ngan kosmetik2 korea ni. Comel2 belaka. Antara item2 yg saya capai ialah :

  • 6 pcs nail polishes (geram...comel2)
  • Angel Skin Loose Powder (best sgt bau dia)
  • 2 pcs lipstick
  • Black Head Charcoal Nose Strip
  • Bebe Lip Mask

Salah satu lipstick yg saya beli tu tak berapa sesuai la ngan citarasa saya. Masa test kat kedai nmpk ok tapi bila pakai betul2 kat bibir baru nmpk berkilat sgt. So saya ingat nak jual la yg tu. Kpd sesiapa yg minat lipstick jenis kilat(shimmering), sila la check kat ruangan Pre-loved Items di atas.


Saturday, 3 November 2012

My Favourite Facial Mist



Dalam byk2 facial mist yg ada di pasaran, setakat ni saya paling suka yg ni. Hadanomy Collagen Mist...itulah namanye. Boleh dipakai sendiri atau di bwh makeup. Sebelum saya mengenakan moisturiser dan apa2 makeup, saya akan 'spray'kan dulu mist ni kat muka pastu saya akan tepuk2 secara perlahan sampai dia meresap kat kulit. Ia akan 'prepare'kan muka kita utk moisturiser ataupun mekap. Kulit muka akan jd lembap dan segar. Barulah nak pakai moisturiser ataupun mekap rasa best dan lagi cantik. Bau dia pun lembut je. Sikit2 mcm bau bunga ros. Siapa biasa pegi Watsons mesti dah biasa nmpk. Kat tmpt lain pun mungkin ada jual jgk tapi saya tak pasti kat mana..

Beauty Sponge



Haa !!!

Sapa nak dpt wajah yg flawless(tanpa cela) sewaktu bermekap?? Inilah jawapannye.....beauty sponge pelbagai guna. Boleh digunakan utk pakai foundation, compact powder, concealer, blusher dan mcm2 lagi. Kalau nak banding ngan foundation brush memang jauh beza. Jauh lagi baik kalau pakai beauty sponge mcm ni. Kalau pakai foundation brush, pertama leceh, kedua lambat, ketiga nampak kesan2 brush stroke...kalau yg ni kita takkan hadapi masalah tu semua. Tapi kena basahkan sponge ni dgn air dulu dan picit utk keluarkan air yg berlebihan dan ia akan mengembang. Lps tu baru boleh pakai kita punya liquid foundation. Hanya 'stipple'kan saja dia sampai la foundation rata kat muka. Lps tu tgk je la betapa cantik dan flawlessnye muka kita. Juga sesuai dipakai lembap utk two way foundation. Untuk pemakaian kering pula, sesuai la utk compact powder, concealer, blusher dan lain2 lagi..sebenarnye byk lagi sponge mcm ni...mcm2 bentuk dan color ikut brand masing2. Yg ni brand 'BeauteCa' yg saya beli di SaSa. Kalau nak ikut brand yg paling best dan top mmg la 'Beauty Blender', tapi tgk la harga dia berapa....dkt RM70.00 satu. Baik pakai yg jenis murah mcm ni, RM13.90 je tapi hasilnye not bad..

Friday, 2 November 2012

My First 'e.l.f Cosmetics' Haul



Hi Pretties !!

Sebagai seorg makeup geek mcm saya, dah tentulah suka beli dan kumpul mekap. 'e.l.f ' ialah salah satu brand kegilaan saya. Ia berasal drpd US dan sukar utk didapati di Malaysia. Kalau ada pun yg dijual di Malaysia, pilihannya tak banyak. So saya decided utk beli di website rasminya iaitu di www.eyeslipsface.com  Memang giler jap kalau dah bukak website tu. Sebenarnya website e.l.f ni tak buat international shipping(meaning, takde jgk la shipping ke Malaysia) tapi memandangkan saya ada 'kaki' di US, so boleh ajer!!!

Ini ialah haul saya yg pertama utk brand 'e.l.f ' ni...so masa brg sampai dari US, excited giler. Saya beli dalam bulan Oktober 2012. Tak la byk mana...dlm 11 item je. Yang saya beli ialah :

  • Studio Mineral Infused Face Primer
  • Studio Makeup Mist and Set
  • Essential Eyelid Primer
  • Studio Wrinkle Refiner
  • Studio Eye Primer & Liner Sealer
  • Studio Lip Primer & Plumper
  • Studio Complete Coverage Concealer
  • Essential Duo Eyeshadow Cream
  • Essential Brightening Eye Color (2)
  • Essential Smudge Eye Sponge

Best main2 ngan mekap e.l.f ni..menarik, berkualiti dan byk brg yg unik2....yg paling best, harganya tak mahal. Nanti nak beli lagi...huhuhu...